Sunday 31 August 2014

Berhabuk

Assalamualaikum and hye i guess *mcm ada yang mebaca

okay. i think dah nak dekat 7 bulan aku tak tulis apa apa kat blog ni. walawehh. ampun la blog. mohon memhami diri tuan mu ini yang tak berapa nak betul moodnya.Ada  mood barulah tulis. Kesian dia kena tggal ye syg. smpai habuk habuk dah. *sapu habuk.

K merapu. Sebenarnya taklah malas jugak. Busy study pun ye jugak. Almaklumlah SPM dapat berapa kerat sgt ( tulah dlu mama suruh bljr betul btul memain ! padan muka kau ) adik adik nak SPM tu sila sedar diri pergi baca buku. Sekian pesanan tulus hati ikhlas di petang hari. 

Stdy kat mana ? stdy kat Kolej Matrikulasi Selangorrrr (nyanyi ikut retak lagu kolej). Hahahha. nak cover balik la dik result Spm yang cukup cukup mkan je tuh. Tapi mcm dh lagha jugak la masuk sini. cett ! takleh jadi ni. Kena ingatkan diri sendiri balik ni !!! BELAJAR SYUK BELAJAR !. 

Sejak masuk kolej ni aku baru sedar rupanya dia tak sama mcm sekolah *walaupun tggal dlm asrama,jadual kuliah fix dri pagi smpai petang BUT still ye kengkawan DEFINITELY NOT SAME! Busy toksah la nak dikata busynya. tapi Alhamdulillah. lama lama dah mkin pamdai cri cri masa.

Seronok ? Alhamdulillah sekali lagi. Seronok ddk KMS ni. kawan kawan kelas yang menerima diri ini seadanya (gaya mcm bercinta) puih ! taklah. kawan kawan yang havoc. roomate yang err sempoi. acik kafe yang blhlahhhh peramah kekadang mood dia bila nmpk kitaorg keluar duit nak mkn kat cafe. hahahahah tak baik betul aku ngutuk acik kafe. *maaf acik muahh !

apalagi aku nak tulis. ohhhh kesian jugak dekat si dia masa mula mula masih baru tak reti nk bahgikan masa dengan dia main redah je tggal dia. Alalalal sian awucks. sorry ye syggg. muahhh i love you. thanks for being such as a great partner of my life who still can accept my schedule, my busy-ness, my perangai yang suka tertidur masa tgh rancak ber"whatsapp". Thank you very much love.


ohhh okaylaa aku tak tahu dah nak mengarut apa dlm ni . t ada idea aku smbung tulis. bye uols. love ya *krik krik takde sapa pun baca la gila !hheheheh

p/s :doakan misi diet kuruskan bdan aku berjaya ye kengkawan.. much love. muahh !

Wednesday 12 February 2014

Harapan

Assalamualaikum and hye. hmm okay hari ni nak straight to the main tittle je lah. malas nak mukhadimah panjang panjang. Harapan. Semua orang mempunyai harapan masing masing kan ? before i continue typing this entry . who ever read this i hope u will read it with your open minded .

Aku tak pernah berharap apa sahaja yang lebih kalau aku tahu kemampuanku setakat mana. cuma kadang kadang aku berharap orang lain juga melakukan apa yang aku lakukan untuk mereka. Bukan aku tak menerima siapa dirinya, bukan. jauh sangat. Aku terima dirinya seadanya. Cuma aku berharap .

Aku berharap dia menjaga hatiku seperti mana aku menjaga hatinya. Dia menerima diriku seadanya, dia menyokong segla keputusanku, dia x menghalang apa yang aku buat aku suka selagi tak melampaui syariat. Dia akan menyokong tak kira apa yang aku lakukan  .

Kadang kadang aku rasa penat sebab aku asyik menjaga hati orang tapi mereka  aku bukan nak tunjuk yang aku ni baik , aku ni x bersalah langsung, aku lah yang bagus. tak... aku cuma nak merasa apa yang orang lain rasa .

 rasa macam ada yang menghargai diri kita, ada yang menjaga hati kita , rasa ada orang yang melindungi diri kita. Aku suka pendam . Yup ! aku sangat suka pendam apa yang aku rasa, apa yang aku nak semata mata nak jaga hati orang ,  tak nak keadaan jadi buruk. Tapi aku cuma berharap yang mereka faham aku.

Salah aku. Memang salah aku sebab suka pendam. Tapi jika keadaan yang memaksa diriku untuk terus pendam apa lagi yang mampu aku lakukan ? terus bercerita, terus mengadu ?

Kadang kadang perangai aku yang suka pendam ni pun ada bagusnya juga sebab dengan perangai aku ni aku dapat menilai siapa kawan sejati aku . siapa intan . siapa kaca. Aku boleh tahu. 

Kadang kadang mereka macam tak mengenali aku siapa. Aku yang manja, yang sensitif, . mereka nampak luaran ku yang kuat yang sentiasa ckap "eh. xpelahh" "eh? okay okay" " laaa tak ada apalah chill la" . Luaran aku tak sama dengan apa yang tersirat di dalam hatiku.

Aku cuma mahu diterima, difahami bukannya boleh buatkan ku seperti orang yang tak ada perasaan, seperti aku bukan seorang manusia. Aku rasa aku ni kadang kadang tak ada pun tak apa. Aku tak diperlukan sesiapa. Aku cuma mampu tarik nafas and said tak apalah syuk  wake up ! chill ! senyum. hmm. okaylah byee. 
 

 

 

Thursday 6 February 2014

Happy Monthsary Ti Amo


Assalamualaikum and hye everyone. See the title already ? yup . it's my monthsary with my beloved boyprengg. hahaha. 1year 8 months already. Actually it's not today . Monthsary kami sepatutnya 5 Februari hari tu tapi biasa laaa kan dah bergayut semua tu smpai x sempat nak tulis. Hari ni baru la ada kesempatan nak tulis.

Yup. kami sambut monthsary kami setiap bulan. Sebab bagi aku kan kalau sambut setiap bulan ni dia akan wujud satu perasaan  di mana kita nak sentiasa berusaha untuk mempertahankan hubungan cinta yang kita jalankan. Aku tak mahu harap benda yang lebih daripada hubungan ini. Cukup la aku berharap agar jodoh kami berkekalan dan Si Dia akan sentiasa mencintai dan menerima diri aku ni seadanya

Aku tahu yang aku bukanlah seorang yang sempurna untuk Si Dia. Banyak kurangnya. Tapi aku berharap si Dia mampu menjadikan kekurangan aku ini sebagai kekuatannya dan mampu menerima diriku seadaanya. Dan aku bersyukur yang aku menjumpainya yang dulu hanyalah aku berangan, bermimipi untuk mendapat seorang lelaki seperti dia

Biarlah apa yang orang cakap sebab mulut orang kita tak boleh tutup. Cukuplah kami percaya , yakin dan mencintai satu sama lain. Cukup bagi kami. Tak ada apa yang perlu difikirkan.

Si Dia yang dulunya orang asing, tak dikenali oleh aku malah aku tidak tahu kewujudannya, bagaimana rupanya, suaranya, wajahnya . Sekarang aku bersyukur kerana mengenalinya, tahu akan kewujudannya di sisiku di kala susah dan senang. Suaranya yang merdu. Yang mampu membuatkan aku tersenyum walaupun hanya dengan memanggilku dengan panggilan Sayang. Wajahnya yang manis yang sentiasa membuatkan aku angau akan dirinya.

Tipulah kalau hubungan ini takdilanda badai , tak bergaduh pun x seronok jugak. Sebab bila bergaduh kita akan dapat kenal si Dia dengan lebih mendalam. Aku bersyukur yang aku dan dia mampu menempuh semuanya bersama sama . Aku berharap si Dia juga akan terus mempertahankan hubungan kami se[erti mana aku cuba mempertahankan hubungan ini..

Aku tidak mengharapkan engkau sempurna kerana bagiku dengan kehadiranmu di dalam hatiku membuatkan aku sempurna,
Aku tidak mengharapkan dirimu memberikan aku intan permata berlian sebagai tanda kasihmu kepada ku cukuplah sekadar kestiaan mu ku minta
Aku tidak kisah walaupun dirimu banyak kekurangannya tapi aku bersyukur kerana kekurangan mu itu yang menjadi sumber kekuatan ku. 
terima kasih sayang, buah hatiku kerana mencintaiku.
saya sayang awak Amirul Aqil.
Selamanya. Hanya kamu.
Selamat ulangtahun sayang.
1 tahun 8 bulan dan aku akan terus mengira.
 
 

Monday 3 February 2014

Birthday si pemilik hati !


Assalamualaikum and hai. Hmmm hmm. lame x tulis. Actually kan kadang kadang tu lupa nak update blog ni. Bukan sengaja. Disebabkan kecuaian diri ni yang pelupa yang pemalas bagai ni. Si pakwe kita dah marah.

kita dah jnji kat dia nak bagi dia baca blog kita ni mase birthday dia . 23 Januari hari tu. Wuu ! Happy Birthday sayang. I love you to the moon and back. Sorry sbb banyak ni je yang kita tulis kat dalam blog ni. Saya sayang awak.

Awak dah besar. Sayang saya dah besar. Aqil saya dah besar. Querida saya dah besar. dah 18 tahun. Awak saya mintak maaf sebab tulis lambat pasal birthday awak. Saya mintak maaf andai awak x suka sedih dengan saya.

Saya harap awak x merajuk. x marah saya. Saya betul betul betul mintak maaf kat awak. Saya mintak maaf eh  awak ?.  Awak. Saya cakap ngn awak nii.

Saya harap sempena ur belated birthday ni. Saaya harap awak menjadi seorang anak yang baik kepada mak dan ayah awak. Jadi orang yang berguna kepada semua orang. Sentiasa menjadi orang yang menyayangi saya. Semoga awak memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah dapat 9A dalam SPM2013. aminn 

Aqil saya. Saya tahu saya x sempurna untuk awak. Saya ada salah kat awak. tapi terima kasih sangat sangat sebab terima saya kerana diri saya. Kerana siapa saya. Banyak benda yang kita dah lalui sama sama. Yang kita dah gaduh. yang kita dah sembang kongsi. Saya bersyukur sebab awak hadir dalam diri saya.

Awak, Mohd Amirul Aqil bin Mat Rozali. Si pemilik hati saya, si pengubat duka saya, peneman hidup saya. Awak yang menyempurnakan hari hari saya. Awak pelengkap hati saya. Terima kasih lagi sekali kerana memberi cinta awak kepada saya, kerana bagi saya rasa sayang awak kat saya. Terima kasih sayang. I love you very much. 

Awak, saya doakan jodoh kita bersama selamanya. kerja elok elok. jaga diri awak. Saya sayang awak sangat. Awak mungkin bukan lelaki yang sweet, romatik yang menjadi idaman setiap perempuan tapi awak seorang lelaki yang memahami, yang sentiasa mendengar, yang sentiasa ada untuk saya. yang menjadi igauan saya setiap detik, saat, minit, jam, hari. Awak lelaki idaman saya. Selamanya akan kekal begitu.

Saya sayang awak Amirul Aqil. I love you sayang. =*. Very much. Forever.

 
 

Wednesday 1 January 2014

Mijn Liefde


Aha ! Okay. kita mulakan of course dengan Assalamualaikum and hello guys. *bajet ad org bce* okay okay. hmm. apakah tajuk hari ni ? apa benda tu ? macam mane nak pronounce kan tajuk tu ? *angkat kening* Sabaq sabaq. okay maksud tajuk di atas tu ialah "MY LOVE" in dutch languange *bukan susu dutch lady eh?* 

hmmm. ececece. dalam fikiran tu ingat nak cerita pasal pakwe kite la tuu. Hahaha. Yup. One of it laa. Dalam senarai. Tapi aku bukan ada sorang je love dalam dunia ni ramai jeee. hahaha *Aqil sayang sila baca smpai habis dlu * hokay okay. yelahhh. kita hidup di dunia yang  besar ni kita kenal ramai jenis orang, banyak jenis ragam perangai bagai yang ada kalanya boleh match personality ngan kita but somehow ada je yang x sama tpi itulahh. kalau semua same je perangai mne nak ada corak kat dalam dunia ni kan. Disebabkan itulah Allah menjadikan setiap manusia dalam dunia ni dengan perangai masing masing dan berbeaza. untuk kita saling mengenali dan belajar apa yang patut dijadikan teladan dan tauladan . *jap macam dah lari topik dah*

okayy. disebabkan macam macam perangai tulah jugak boleh menyebabkan kita jatuh sayang, cinta , kasih *dan bla bla bla* dekat orang tertentu kan ? kan ? okayy. so let's go straight to the topic. Siapakan gerangan Mijn Liefde aku ? dan orang itu ialah *bunyi dram*

First , mestilah mama aku yang  lawa, anggun and comel tu *tgok anaklah*. cehh ! perasan.  sape yang tak sayang mak diaorang tu gila gamaknyaa. Aku mengaku la aku pun suka melawan cakap mama aku . Kalau dia cakap je mesti nak melawan. *tampar mulut * . Tapi aku tak ada lah kejam tahap. Aku ni baik tau *hehe* . Aku kalau melawan pun lepas tu aku mintak la maaf balik pujuk mama aku balik *anak manje normala !* Aku tak sampai hati tgok mama aku buat kerja berat berat. Cukuplah dia dah kandungkan tumpangkan aku dalam rahim dia 9 bulan 15 hari. Cukuplah dia berkorban berjaga malam untuk jaga aku mase aku kecil. Cukuplah dia bersusah payah memberi didikan, keperluan yang aku perlukan sehingga aku mampu menjadi siapa diri aku sekarang. Tanpa dia siapalah aku. *ayat common*. Tapi mama aku ialah tempat teratas yang aku akan cari kalau aku ada masalah , nak menagis , nak manja manja bagai. Dialah pemberi semangat dalam hidup aku. Now it's my turn to take care a very good care of her. Aku dah besar and aku akan jaga mama aku sebaik mungkin.

Second, my handsome, baba. Baba, bagi aku seorang ayah yang sangat tegas , tabah dan sangat amat penyanyang orangnya. Siapa tak kenal baba aku akan cakap baba aku garang *hoi ! don't judge book by it's cover lah * Baba ialah orang yang susah nak nampak senyumanya, tawanya tapi sekali dia tersenyum , tertawa itu akan membuatkan hati aku gembira *sampai nak nangis * sebab bila dia tersenyum dia tersenyum kerana dia bangga dengan anak anak dia 4 orang  mampu mencapai kejayaan yang diharapakn. Aku harap result SPM aku nanti mampu membuatkan dia tersenyum bahagia *amin YA RABB * Baba dah pencen Aku pun bukanlah berasal daripada golongan golangan kaya raya, berharta tapi bagi aku semua tu tak penting asalakan aku berharta dengan kasih sayang , kaya dengan cinta . *jiwang sat * OH ! Mama pun dah pencen. Baba masa dia kerja lagi dia seorang yang sangat amat workaholics orangnya, Sangat ! Kadang kadang cuti pun dia sanggup kerja. semua tu sebab dia nak cari rezeki kat kami adik beradik 4 orang. Semua sebab anak anak dia. Aku ingat lagi masa aku kecik kecik dulu kalau hari cuti je aku tanya mama aku mane baba. Lepas tu mama cakap kat aku. Baba kerja. Yes. Baba sangat workaholics. Now. Baba . biarlah izinkanlah kami adik beradik membalas jasamu yang bersusah payah mencari rezeki untuk kami. 

Third, adik beradik aku. Aku ada 4 orang adik beradik* termasuklah diri aku nih * Yang sulung lelaki. Dia beza 9 tahun dari aku.* dah tua layak panggil bapak org dah * yang kedua kakak aku yang beza 8 tahun dari aku. WOOHH! kakak aku yang seorang ni memang la garangnyer usah ditanye. *kak inah ampun* tapi dia sebenarnya seorang yang sangat sayangkan adik adiknya, seorang yang mengambil berat dekat adik adik dia. sekarang dia tengah sambung master . *good luck kak inah * yang atas aku ni ? perempuan jugak. yang sulung sorang tu je sesat sorang sorang lelaki. yang kaka aku sorang ni beza 4 tahun dengan aku. Dia ni paling suka cari pasal , gaduh ngan aku *mengeluh * sabor jelah. tapi dia ni sengal memang tahap maksima. dengan  aku memang akan jadi gila , sengal sebab layan dia. Ada je idea dia nak sakt orang. Tapi . aku tak kesah lah orang nak cakap apa pun pasal adik beradik aku , aku sayang diaorg. Diaorg yang sentiasa ada menghulur tangan untuk membantu sekiranya aku terjatuh . yang sentiasa ada menyediakan bahu untuk aku menangis, yang sentiasa ada menadah telinga dengar masalah luahan perasaan aku.No one can replace them. 

Fourth, the only stranger guy that i love *wuuu*. Si Dia yang tak ada pertalian darah, tak ada hubungan kekeluargaan dengan aku, Si Dia yang dulunya orang asing bagi aku tapi sekarang orang yang paling aku rapat . Si Dia yang sentiasa memahami , mendengar, menerima siapa diri aku walaupun aku ni banyak kurangnya. Si Dia yang akan menyambung gelak tawa aku, yang akan memujuk hatiku sekiranya ianya dilanda badai. Si Dia yang bernama Muhamad Amirul Aqil bin Mat Rozali *dah pernah mention kan sebelum ni ?* Yup, mungkin dia bukan cinta pertama aku tapi aku nak dia tahu aku akan cuba sedaya upaya aku untuk pertahankan cinta yang wujud dalam hati aku untuk dia supaya dia menjadi cinta terakhirku. *ecece , malu malu * Aqil yang manis, Aqil yang selamba *tapi kadang kadang tu sengal * , Aqil yang mampu membuatkan air mata aku jatuh , Aqil yang membuatkan aku tersenyum , Aqil yang berjaya membuka ruang di hati aku sekali lagi untuk berasa nikmat cinta. Terima kasih atas segalanya *lagu I am NEETA * Thanks for being with me *walaupun selalu tggal tgok bola ! pilih kasih * Thanks for being great person that i ever known. Thanks for giving me opportunity to feel your love, thanks for choosing me to hold your heart 's key . Thanks for being mi amor. my QUERIDA. i love you and no doubt. *insyaAllah ada jodoh kami. amin *
Te amo tanto sayang. 

hmm. akur asa sampai sini jelah. Dah macam karangan BM dah aku buat. t aku sambung cerita lagi eh ? okaylah. selamat malam kawan kawan and Assalamualaikum

p/s : Allah sentiasa ada dengan kita so janganlah cakap xde yang sayang korang. Allah kan ada ? kita sebagai umat kalau ingat kat Allah. InsyaAllah Allah yang maha besar pun akan ingat kat kita sebagai hambanya. 

Tuesday 31 December 2013

Ano Nuevo! yeayyy !


Eh ! Assalamualaikum and hello everyone *krik krik . heh ! sedihnyer. *lap air mata. okay okay tajuk diatas bermaksud NEW YEAR !!! *bunyi bunga api . Hahaha. Well as time past we have been through one more year in Allah's big wide world. *alhamdulillah. So . this is it another one more year yang kita kena tempuh yg penuh dengan cabaran , dugaan * i bet la.. just say it anyway . But remember seberat mne dugaan , cabaran, halangan yang kita kena tempuh , ingatlahh Allah is always there for us. Allah tahu apa yg terbaik kan. Allah akan bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan *so bersyukur sekarang.

Eh! btw. while tgah tulis entry ni dah pukul 12.00 a.m sooo Happy New Years guys. Okay okay. For sure la kan dah masuk tahun baru ni mestilah azam pun baru. semangat baru , bukak buku baru, pakwe baru *dear Aqil, I'm kidding okay?  Hahaha. 

Okay. So apa azam aku ? hmmm let me think. *urut dagu hmmmm. Ahah ! gotcha ! nak tahu nak tahu ? okay here they are :

1. hmm. nak jadi anak yg lagi baik terhadap orang tuanya, hamba yang taat kepada penciptannya. sseorang kawan yang akan sedaya upaya ada dengan kawannya.seorang kekasih yang sentiasa setia dengan buah hatinyaa *bajet siot
2. sentiasa husnuzon *baik sangka or positive minded kata lainnya. dengan orang lain. 
3. seorang yang akan menuntut ilmu dengan bersungguh sungguh insyaAllah. jika diberikan peluang aminn *result ooo result
4. seorang yang tidak mudah putus asa and sentiasa melakukan yang terbaik 
5. tak nak menyusahkan orang lain *xjamin la jugak sebenarnya

hmmm. setakat ni tu jelah azam aku. tak dapat nak fikir yang lain lagi. mungkin kena mimpi kot malam ni *kaitan? tapi kan actually azam ni sepatutnyer kita tanamkan sejak tahun baru islam lagi dah tapii entahlah x tahu nak cakap macam mane. mungkin dah menjadi kebiasaan kita la kan azam baru sempena tahun baru.. 

Okaylaahh . aku rase sampai sini dlu la yeee. Dear A.A kalau bace ni jangan gelak pulak *muka garang. hmm. selamat tahun baru. lupakan segala duka, pergaduhan, bukaklah buku baru okay geng? okaylahh. selamat malam and Assalamualaikum. *lambai lambai 

p/s : kita hanya mampu merancang tetapi sebaik baik perancang ialah Allah s.w.t. Allah yang menentukan segalanya doa banyak banyak okayy ? *peringatan ini untuk diri sendiri jugak bukan nak bajet alim ke ap tau tau

La Introduccion


Okay. let's get started. First of all. Assalmualaikum and hello peeps *muka excited. Actually kan kan x tahu nak cakp. intro ? hmm okay. sebenarnya dah ada dah blog sebelum ni tapi berkurun dah tggal sejak masuk mrsm f4 tahun lepas. fuhhh. lme kot. hahaha. dahla start tulis balik mmg betul betul hujung tahun 2013. well goodbye 2013. Hello 2014. may full of barakah and happines. amin. btw. 'la introduccion " tu yang kat tajuk tu maksudnye introduction dalam bahasa spanish ye ?

okayy. sekarang ni tgah tggu result SPM *cuak bhaii . sape la tak takut tu mmg x normal la kan. duduk rumah goyang kaki *flip hair like a big boss gitu.. nak ckp umur pun confius . nak ckp 17 esok dah 18 pulakk. okay okay mcm ni. hari ni kan 31 Disember 2013 so syuk 17 y/o , esok masuk tahun so unofficially 18 y/o la esok. mak aiii besar dah aku ni.

Apa lagi nak tau ? ohh .  birthday aku 15.6.96 . nanti bgi la hadiah ye *senyum tayang gigi. Ohh duduk Perak, Gerik. bukan lah budak bandar pun aku ni. budak biasa je. but aku suka duduk sini aman bahagia. Aku x kacau org so jangan kacau aku. *bajet

aku nak jadi ap ? jadi manusia yang akan berbakti pada agamanya, bangsanya, negaranya, orang tuanya dan keluarganya. *urut dagu. betulla. Kalau org tanya aku apa aku nak jadi bila besar nanti. aku x tahu nak jawab apa mmg sbb bgi aku aku belajar aku belajar nak jadi apa belakang kira. Tgok result SPM. Apa yang aku layak ambik aku ambik * it's  only my opinion ja.  Aku x fikir pon nak jadi apa. Aku main cakap je kat orang lain. hahaha *angkat kening

ohh. Aku dah berpunya. * senang cakap ada boyfriend lerr . Siapakah si dia hahaha. seganla weiyh . Nama dia Muhamad Amirul Aqil bin Mat Rozali *muka merah.  Dia ni sebaya ja ngan aku cuma tua bulan je orang cakap dia bulan satu aku bulan 6. Bila ? mna boleh bagi tahu. jeles tau?! hahaha. Family aku semua dah kenal dia ni. InsyaAllah kalau ada jodoh ada la jodoh kami. aminn

Aqil ni pemberi semangat yang paling setia ngan aku. *walaupun dia selalu je tggal aku pergi tgok bola cis !. Aku sokong CHELSEA ! hooyaah! same ngan korang dak ? kalau same mehh give me 10 sikit. Dia ni penyokong tegar LIVERPOOL. you never walk alone laaah katekann *sigh. hahaha. Eh. eh. Dahlah eh ? t kita sambung lagi ye kawan kawan. bye byeeee. Assalamualaikum. see ya ! *lambai lambai tangan. 

p/s: Awak. saya pinjam name awak tulis kat entry ni tau ?